Seramai 785 Penduduk Sabah Masih Terjejas Akibat Banjir, Kebanyakan Di Lahad Datu

Seramai 785 Penduduk Sabah Masih Terjejas Akibat Banjir, Kebanyakan Di Lahad Datu

0
SHARE
Foto: Ihsan APM Sabah

KOTA KINABALU: Sabah terus berdepan dengan kesan banjir yang melanda beberapa daerah sejak hujung Januari lalu.

Menurut laporan terkini daripada Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah, seramai 785 penduduk daripada 213 Ketua Isi Rumah (KIR) masih terjejas akibat bencana ini.

Menurutnya, beberapa pusat penempatan sementara (PPS) telah ditutup, termasuk PPS di SMK Pamol, Paitan (ditutup pada 8 pagi) dan semua PPS di daerah Pitas (ditutup pada 10 pagi tadi).

Walau bagaimanapun, masih terdapat beberapa PPS yang kekal beroperasi untuk menampung mangsa banjir.

Daerah terjejas dan status semasa ialah Beaufort dengan 110 mangsa (32 KIR) Tongod 155 mangsa (41 KIR) dan Lahad Datu 520 mangsa, (140 KIR).

Daerah lain seperti Kota Marudu, Telupid, Sandakan, Kota Belud, Beluran, Paitan, dan Pitas telah menutup PPS masing-masing.

Pihak berkuasa, termasuk Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) dan Sekretariat JPBN Sabah, terus memantau keadaan serta menyalurkan bantuan kepada mangsa yang terjejas.

“Orang ramai dinasihatkan untuk terus berwaspada dan mendapatkan maklumat terkini daripada pihak berkuasa mengenai situasi banjir di kawasan masing-masing,” katanya.