Darell Leiking Gagal Tangani Isu Banjir, GRS Desak Ambil Tanggungjawab

Darell Leiking Gagal Tangani Isu Banjir, GRS Desak Ambil Tanggungjawab

0
SHARE

PENAMPANG: Gabungan Rakyat Sabah (GRS) mengkritik ADUN Moyog, Datuk Darell Leiking, kerana gagal menangani masalah banjir di Penampang semasa 10 tahun ketika menjadi Ahli Parlimen dan menjawat jawatan Menteri Persekutuan (2018-2020).

Ketua Pemuda GRS Penampang, Datuk Caesar Mandela Malakun, mempersoalkan tindakan Darell yang kini menyalahkan kerajaan negeri sedangkan beliau sendiri tidak berbuat apa-apa ketika berkuasa.

“Di mana usaha beliau mendapatkan dana persekutuan atau memastikan pelan mitigasi banjir dilaksanakan?” katanya dalam sebuah kenyataan.

Beliau turut memuji Ahli Parlimen Penampang, Ewon Benedick, yang dilihat lebih proaktif dalam menyelesaikan masalah banjir yang ditinggalkan Warisan.

“GRS menegaskan bahawa penyelesaian banjir memerlukan perancangan jangka panjang dan bukan sekadar retorik politik.

“GRS mencadangkan agar Darell berundur jika tidak dapat menjalankan tugasnya sebagai ADUN Moyog dan memberi laluan kepada pemimpin yang benar-benar bekerja untuk rakyat,” ujarnya.