LAHAD DATU: Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik IPD Lahad Datu telah menahan empat lelaki warga asing dalam dua serbuan Op Tapis berasingan membabitkan rampasan dadah disyaki syabu.
Polis Lahad Datu memaklumkan, dalam kes pertama, seorang lelaki warga Indonesia, 50 tahun ditahan di Kampung Sri Aman, Silam Lahad Datu.
“Pemeriksaan menemukan 0.30 gram syabu di poket seluar suspek, yang turut didapati positif amphetamine dan methamphetamine.
“Dalam kes kedua, tiga lelaki warga Filipina berumur 31 hingga 41 tahun ditahan di sebuah rumah di Kampung Silam Lamak, Lahad Datu dan polis merampas 5.11 gram syabu serta alat menghisap dadah.
“Ketiga-tiga suspek juga didapati positif dadah,” katanya dalam satu kenyataan di sini, semalam.
Kes disiasat mengikut Seksyen 12(2) dan Seksyen 39A(1) Akta Dadah Berbahaya 1952 – hukuman penjara, denda dan sebatan;
dan Seksyen 15(1)(a) – denda atau penjara serta pengawasan polis.
Semua suspek kini direman dan iasatan lanjut sedang dijalankan bagi mengenal pasti rangkaian sindiket yang terlibat.






