MANCHESTER, UNITED KINGDOM – Manchester United diaibkan oleh seteru utama mereka Liverpool selepas tewas 0-5 dalam saingan Liga Perdana Inggeris (EPL) di halaman sendiri Old Trafford, di sini, awal pagi tadi.
Kekalahan besar dan memalukan itu sekali gus turut menyaksikan kedudukan pengendali pasukan, Ole Gunnar Solskjaer kian terancam yang kini menerima kempen #oleout daripada peminat kelab ‘The Red Devils’ itu.
Buat pertama kali dalam sejarah EPL, United ketinggalan 4-0 pada separuh masa pertama dan kekalahan itu jelas memeritkan apabila mereka hanya mampu meraih satu daripada 12 mata saingan liga yang ditawarkan.
Salah berjaya memperoleh dua gol pada separuh masa (minit ke-38 dan 45+4) selepas Naby Keita (minit ke-5) dan Diogo Jota (ke-13) lebih dulu meletakkan skuad Jurgen Klopp itu di depan 2-0 dalam tempoh 15 minit pertama.
Salah meledak merakamkan hatrik selepas gol ketiganya lima minit selepas permainan disambung semula.