11 Individu Masuk Perairan Filipina Secara Haram Bakal Dihantar Pulang Pada Jumaat

11 Individu Masuk Perairan Filipina Secara Haram Bakal Dihantar Pulang Pada Jumaat

0
SHARE

KOTA KINABALU: Sebelas dari 15 orang termasuk tiga warga China yang memasuki perairan Filipina secara haram menaiki dua bot laju bakal dihantar pulang ke Malaysia dari Manila melalui penerbangan pada Jumaat (5 Sept).

Menteri Dalam Negeri (KDN) Datuk Seri Saifuddin Nasution berkata kerajaan Filipina sedang mengesahkan dokumen mereka yang terlibat.

 “Saya difahamkan terdapat empat lagi rakyat Malaysia yang merupakan pemilik bot yang masih ditahan untuk siasatan di wilayah selatan negara terbabit.

“Kesemua 15 individu termasuk 8 rakyat Malaysia ditahan bersama… identiti mereka akan didedahkan kemudian. Biar kita kumpul maklumat makro dahulu,” katanya pada sidang media.

Pada Ahad lalu, kumpulan itu dikatakan secara tidak sengaja memasuki perairan Sitangkai berhampiran Tawi-Tawi semasa ekspedisi memancing yang didakwa tidak berlesen.

Saiffudin ditemui pada Konvensyen Membanteras Pemerdagangan Orang dan Buruh Paksa 2024 di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) pada Khamis.