TUARAN: Percutian seorang warganegara Kazakhstan hampir menjadi yang terakhir baginya selepas lelaki terbabit hampir lemas ketika bermandi di pantai Shangrila Rasa Ria Resort, sini, pagi Khamis.
Walau bagaimanapun, laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah mengatakan keadaan mangsa berusia 69 tahun itu sebagai selamat.
Sepasukan 8 anggota Balai Bomba dan Penyelamat Tuaran digerakkan ke lokasi sebaik menerima panggilan kecemasan pada jam 8.19 pagi melalui talian MERS999.
“Pasukan Bomba menjalankan operasi mencari dan menyelamat mangsa setibanya di lokasi.
“Mangsa telah berjaya ditemui oleh pihak kakitangan resort dalam keadaan separuh sedar.
“Seterusnya mangsa dibawa ke Hospital menaiki ambulans Kementerian Kesihatan Malaysia bagi menerima rawatan lanjut.
“Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 9 pagi,” kata seorang jurucakap bagi Bomba.