KINABATANGAN: Mayat seorang lelaki 25 tahun ditemui selepas dibaham buaya ketika beliau memukat di sungai berhampiran Ladang Tong Hup pada Khamis.
Mangsa, Brono Kamilgs Nahak, dikatakan hilang sejak pukul 3 petang Rabu.
Rakan sekerja mangsa hanya menemui motosikal, pakaian dan pukatnya di lokasi kejadian.
Usaha mencarinya telah gagal dengan percaya beliau berkemungkinan disambar buaya.
Balai Bomba dan Penyelamat Kinabatangan menerima aduan mengenai kes pada jam 6.28 pagi hari berikutnya.
“Mangsa berjaya ditemui pada jam 10.45 pagi oleh sepasukan tiga anggota Bomba pada jarak 1KM dari lokasi mangsa disambar buaya.
“Mangsa disahkan meninggal dunia dan diserahkan kepada pihak Polis untuk tindakan lanjut,” lapor seorang jurucakap bagi Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.