Kunjungan Hormat Panglima 5 Divisyen Baharu

Kunjungan Hormat Panglima 5 Divisyen Baharu

0
SHARE
Juhar
Noorrul(dua dari kiri) dan rombongan semasa bergambar kenangan bersama Tun Juhar (tengah) - ( Sumber Foto: Ihsan Jabatan Penerangan Sabah )

KOTA KINABALU, SABAH – Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Panglima 5 Divisyen baharu, Mejar Jeneral Datuk Noorrul Azril Ariffin di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.

Kunjungan tersebut adalah bersempena dengan pelantikan beliau yang menggantikan Mejar Jeneral Datuk Malek Razak Sulaiman berkuatkuasa 11 September lalu.

Noorul, 54, berasal dari Sungai Petani, Kedah menjawat jawatan Asisten Ketua Staf Operasi dan Latihan Pertahanan (AKS OLP) di Markas Latihan Angkatan Tentera Kuala Lumpur sebelum dilantik menjadi Panglima 5 Divisyen Kem Lok Kawi.

Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Ketua Staf Markas 5 Divisyen, Kolonel Mohd Johaizad Jarudin dan Pegawai Staf 1 Tadbir Markas 5 Divisyen, Lt. Kolonel Ahmad Muzaimi Mohd Ali. — JABATAN PENERANGAN SABAH