KOTA KINABALU, SABAH -Yang di-Pertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin menerima kunjungan hormat Pengerusi Shell Malaysia, Siti Hurrairah Sulaiman di Istana Seri Kinabalu, pada Isnin.
Menurut Siti Hurrairah, kunjungan itu bertujuan untuk melaporkan perkembangan terkini Shell Malaysia di Sabah serta kemajuan dalam perniagaan selain mengeratkan perhubungan dengan kerajaan Sabah.
“Saya amat berharap kita akan dapat mengeratkan lagi hubungan kita dengan kerajaan Sabah.
“Shell telah berada di Sabah selama lebih 40 tahun dan saya berharap kami akan dapat mengekalkan keberadaan kami untuk masa akan datang,” jelas beliau.
Turut hadir dalam rombongan tersebut ialah Pengurus Besar Shell Sabah, Wong Kim Mun; Pengurus Besar Perhubungan Korporat Malaysia Timur, Jonathan Jolly serta Penasihat, Perhubungan Korporat Malaysia Timur, Liz Kumar. — JABATAN PENERANGAN SABAH