KOTA KINABALU, SABAH – Formula kerjasama Barisan Nasional-Pakatan Harapan dalam menghadapi Pilihan Raya Negeri ke-17 Sabah hanya akan tercapai sekiranya keharmonian dalaman dijaga dan saling menghormati, kata Ahli Parlimen Kota Kinabalu, Datuk Chan Foong Hin.
Beliau mengulas kenyataan Ketua Barisan Nasional Sabah Datuk Seri Bung Moktar Radin yang berkata formula kerjasama BN-PH menghadapi Pilihan Raya Kecil Mahkota, Johor, yang membuahkan kemenangan bagi UMNO, harus dikekalkan bagi mencapai matlamat sama di Sabah.
Syed Hussien, 40, memenangi kerusi Dewan Undangan Negeri Mahkota selepas memperolehi 27,995 undi manakala calon Perikatan Nasional Mohamad Haizan Jaafar memperolehi 7,347 undi.
Chan manakala berkata dalam kerangka Kerajaan Perpaduan, kejayaan yang lebih besar bergantung kepada kerjasama yang utuh.
“Bukannya sesetengah individu yang mulut lancang berlagak hero,” tegasnya dalam sebuah siaran di Facebook pada Ahad.
Kerajaan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) terus mentadbir negeri oleh kerana kerjasama yang dibentuk dengan Pakatan Harapan ketika rampasan kuasa “Langkah Kinabalu” telah dicuba pada Januari 2023.
Ahli Barisan Nasional Sabah menarik sokongan terhadap GRS dan sebaliknya bekerjasama dengan Parti Warisan yang telah menggulingkan kerajaan BN Sabah pada tahun 2018.