Angka Kes Semakin Naik, Sabah Catat 1,255 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari...

Angka Kes Semakin Naik, Sabah Catat 1,255 Kes Baharu Positif COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Sebanyak 1,255 KES baharu positif COVID-19 dicatatkan pada hari ini (Sabtu) yang mana angka ini menunjukkan Sabah berada dalam paras yang amat bahaya, kata Jurucakap Perkembangan COVID-19 Negeri Sabah Datuk Seri Masidi Manjun.

Jelasnya, daerah Kota Kinabalu terus mencatatkan jumlah kes yang tinggi iaitu 241 kes.

“Hanya kurang sedikit daripada jumlah kelmarin iaitu 282 kes…

“Daerah Tawau juga mencatatkan kes harian yg tinggi iaitu 135 berbanding 177 kes kelmarin.”

Kes baharu di Tuaran melambung tinggi ke 143, yakni berlaku penambahan sebanyak 47 kes.

“Ini terbit daripada 39 kes baharu yang diperolehi melalui saringan bersasar di lokaliti Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) serta 79 kes kontak rapat,” katanya.

Beliau berkata semua daerah mencatatkan kes baharu.

“Kontak rapat kekal penyumbang terbesar kepada kes baharu, yakni 618 atau 49.2 peratus daripada jumlah kumulatif…

“Untuk rekod, 38 kes baharu hari ini melibatkan tahanan di penjara atau pusat tahanan sementara bagi mereka yang menunggu dihantar balik ke negara asal,” tambah beliau.

Dalam pada itu beliau mengumumkan bahawa program vaksinasi sedang berjalan lancar.

“Kelmarin, Jabatan Kesihatan Negeri Sabah (JKNS) memberi 48,195 dos vaksin kepada rakyat yang layak…

“Kita mengharapkan bekalan vaksin yang banyak dan tidak terputus bagi membolehkan JKNS mempertingkat dan mempercepatkan gerakan vaksinasi di Negeri Sabah,” kata Masidi.

Dua kluster baharu lagi dilaporkan iaitu Kluster Sarikan di Nabawan (14 kes) dan Kluster Lebuh Empat di Sandakan (50 kes).

Berikut merupakan pecahan rumusan jumlah kes hari ini (7 Ogos) mengikut daerah;

Kota Kinabalu – 241
Tuaran – 143
Tawau – 135
Beluran – 123
Sandakan – 108
Penampang – 92
Beaufort – 54
Keningau – 47
Papar – 46
Kota Belud – 35
Tenom – 29
Putatan – 23
Kota Marudu – 23
Kudat – 22
Kalabakan – 21
Tongod – 17
Kinabatangan – 17
Lahad Datu – 15
Tambunan – 13
Kunak – 12
Semporna – 10
Pitas – 9
Telupid – 7
Sipitang – 7
Nabawan – 3
Ranau – 2
Kuala Penyu – 1