Wanita Maut, Tujuh Cedera Kereta Terjunam Gaung di Jalan Bingkor

Wanita Maut, Tujuh Cedera Kereta Terjunam Gaung di Jalan Bingkor

0
SHARE

KENINGAU: Seorang wanita maut manakala tujuh lagi cedera selepas kenderaan pacuan empat roda dinaiki sebuah keluarga terbabas dan terjunam ke dalam gaung di Jalan Bingkor, Chanang Hill, pada Selasa.

Mangsa terlibat merupakan ahli keluarga kepada seorang anggota bomba BBP Nabawan, PBK II Michael.

Pasukan bomba dari BBP Keningau tiba di lokasi kira-kira 10:05 pagi dan mendapati kenderaan terbalik di dalam gaung.

Seorang wanita ditemukan tersepit dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh pegawai KKM.

Lima mangsa dihantar ke hospital menggunakan EMRS manakala dua lagi dibawa ambulans KKM.

Operasi tamat sepenuhnya pada 11:51 pagi.

Operasi melibatkan kerjasama PDRM, KKM, JPAM dan orang awam.

Orang ramai diingatkan agar berhati-hati ketika memandu di laluan curam, terutama dalam keadaan jalan licin serta memastikan kenderaan berada dalam keadaan baik.