KOTA KINABALU, SABAH – Kes harian COVID-19 jatuh di bawah paras 200, iaitu penurunan 29 kes berbanding semalam dengan kumulatif 195 KES.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata kedudukan angka kes di negeri Sabah menunjukkan penerusan trend penstabilan.
“Kota Kinabalu mencatatkan kes tertinggi di negeri ini dengan 34 kes, diikuti oleh Tuaran dengan 29 kes, Penampang 18, Ranau 16, Kota Belud 16, Papar 11 dan Kuala Penyu 10…
“Sebanyak 17 daerah lain mencatatkan kes harian satu angka sahaja dan tidak ada kes baharu di tiga (3) daerah, yakni Putatan, Kunak dan Semporna,” katanya dalam sebuah rumusan harian kes.
Seramai 187 orang pesakit daripada jumlah 195 hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2.
Dua (2) orang masing-masin berada dalam Kategori 3 dan 4 mankala hanya seorang dalam Kategori 5.
Sementara itu, Kes yang melibatkan tiga (3) pesakit masih dalam penilaian lanjut Jabatan Kesihatan Negeri Sabah.
“Dengan mengambil kira kedudukan kes COVID-19 diseluruh negara, jangkaan kadar kebolehjangkitan atau R0/RT bagi Malaysia setakat kelmarin ialah 0.92, dan bagi negeri Sabah, 0.84,” jelas Masidi.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (16 Dis) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu – 34 (36)
Tuaran – 29 (31)
Penampang – 18 (18)
Ranau – 16 (11)
Kota Belud – 16 (19)
Papar – 11 (16)
Kuala Penyu – 10 (7)
Sandakan – 9 (16)
Tenom – 6 (17)
Tambunan – 5 (1)
Keningau – 5 (3)
Tawau – 5 (4)
Telupid – 4 (1)
Sipitang – 4 (4)
Beluran – 3 (1)
Kota Marudu – 3 (6)
Nabawan – 3 (2)
Beaufort – 3 (11)
Tongod – 3 (0)
Kudat – 3 (5)
Lahad Datu – 2 (4)
Kinabatangan – 1 (2)
Pitas – 1 (2)
Kalabakan – 1 (0)
Semporna – 0 (1)
Kunak – 0 (0)
Putatan – 0 (6)