Temui Ajal Ketika Ingin Pulang Ke Rumah

Temui Ajal Ketika Ingin Pulang Ke Rumah

0
SHARE

BALING – Penunggang motosikal berusia 23 tahun maut dalam kemalangan berdekatan stesen minyak Buraq Oil di Jalan Weng di Kampung Terbak, Siong, Baling, pada 7 malam, semalam.

Mangsa, Mohd Izzat Izzudin Bashori dikatakan dalam perjalanan dari Baling untuk pulang ke rumahnya sebelum bertembung dengan kereta Perodua Kancil dari arah Weng.

Menurut sumber, kereta Perodua Kancil membelok ke kanan untuk mengisi minyak sebelum berlanggar dengan motosikal mangsa.

“Akibat pelanggaran itu, mangsa terperosok di bawah kereta dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

“Mayatnya dikeluarkan anggota bomba sebelum dihantar ke Hospital Baling untuk bedah siasat,” katanya pada malam semalam.