Jumlah Jangkitan COVID-19 Di Sabah Terus Bertambah

Jumlah Jangkitan COVID-19 Di Sabah Terus Bertambah

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah kes terbaru ialah 66 kes iaitu 14 kes lebih tinggi daripada jumlah kelmarin.

Sembilan daerah merekodkan peningkatan kes berbanding enam yang merekodkan penurunan.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, enam daerah yang sebelumnya tidak merekodkan sebarang jangkitan mencatatkan sekurang-kurangnya 1 kes hari ini.

“Kota Kinabalu terus menambah jumlah jangkitan harian dengan 38 kes iaitu pertambahan 6 kes berbanding semalam…

“Sandakan juga merekodkan pertambahan kes yang agak besar iaitu 7 kes.

“Perubahan angka jangkitan bagi daerah-daerah lain sama ada meningkat atau menurun adalah pada skala yang kecil,” katanya dalam rumusan harian kes.

Terdapat dua (2) kes dalam Kategori 4 hari ini.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (25 Mei 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 38 (32)
Sandakan 7 (0)
Penampang 5 (3)
Kota Belud 2 (0)
Kota Marudu 2 (1)
Lahad Datu 2 (0)
Papar 2 (3)
Tambunan 2 (0)
Beaufort 1 (0)
Keningau 1 (1)
Kuala Penyu 1 (3)
Putatan 1 (0)
Semporna 1 (1)
Tuaran 1 (4)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kudat 0 (1)
Kunak 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Ranau 0 (0)
Sipitang 0 (0)
Tawau 0 (1)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (2)
Tongod 0 (0)