RAKAN SEKELAS PUJUK MURID BARU KEHILANGAN IBU UNDANG SEBAK

RAKAN SEKELAS PUJUK MURID BARU KEHILANGAN IBU UNDANG SEBAK

0
SHARE

SUASANA sebak menyelebungi sebuah kelas apabila salah seorang murid di kelas berkenaan baru sahaja kehilangan ibunya.

Menerusi satu video yang dikongsi oleh pengguna bernama @Bonda Seroja di TikTok, guru kelas yang merakam video berkenaan hairan kenapa murid-muridnya sedang berkumpul di sebuah sudut di kelasnya.

Rupa-rupanya, mereka sedang memujuk salah seorang rakan sekelas mereka yang bernama Nabil, kerana beliau baru kehilangan ibunya beberapa hari yang lalu.

“Rupa-rupanya kawan-kawan memujuk Nabil yang bersedih selepas ibunya dijemput ilahi beberapa hari yang lalu,” kata caption video tersebut.

Namun, kata-kata salah seorang rakan murid tersebut turt mengundang perasaan sebak kepada gurunya sendiri.

“Bukan matilah! mama Nabil masuk syurga, cikgu!..

Perkongsian video tersebut di media sosial juga mengundang perasaan sebak pada para netizen-netizen.

“Ya.. Allah acik pn menangis sekali nak. Ibu awak masuk syurga..hari2 hadiah kn Al-fatihah ye saying. Benda mcm ni la kite tidak nak, tinggalkan anak kecil-kecil lagi,” kata salah seorang netizen.

“Salam takziah kepada keluarga adik yang nangis tuu. Adik jadi anak yang soleh dan kuat yee dik antty doa on adik yee,” kata seorang pengguna media sosial.

“Al Fatihah… Sabar wahai anak, Allah sdg mengujimu. Semoga Allah selalu melindungimu, dikelilingi org2 yg menyayangimu,” kata seorang pengguna TikTok.