PULAU DAAT DI SABAH BAKAL DILELONG RM121 JUTA, PENDUDUK SABAH RESAH

PULAU DAAT DI SABAH BAKAL DILELONG RM121 JUTA, PENDUDUK SABAH RESAH

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Berkeluasan 237.55 hektar dan terletak di antara Menumbok dan Labuan, Pulau Daat akan dilelong pada Jumaat ini selepas pemilik pulau itu, Potensi Bernas Sdn Bhd menamatkan perniagaan mereka.

Pulau itu akan dilelong kepada orang awam pada pada 11 pagi, 27 Mei di Tingkat 1 Bornion Centre, Off Jalan Kolam di Luyang.

Buat masa ini harga rizab bagi pulau itu adalah RM121.5 juta atau RM4.80 satu kaki persegi dan memiliki tempoh sewaan (lease) selama 999 tahun sehingga tahun 2853.

Pengguna Facebook Azlinda Aziz berpendapat kerajan Sabah sahaja patut beli pulau dan disimpan sebagai aset negeri untuk dijadikan penjara atau pusat tahanan.

“Tak kisahlah nak buat apa, pusat peranginan pun ok juga…

nanti terjual dengan pihak yang tidak sepatutnya sayang juga kan,” katanya.

Manakala Tanak Wagu Dusunese berpendapat sama, sebuah kompleks penjara bersepadu dengan sistem keselamatan ketat.

“Senang nak sumbat pendatang asing tanpa izin (PATI) atau penjenayah berat supaya tidak mudah meloloskan diri,” katanya.

Pada tahun 2019, dilaporkan sebuah dana kekayaan berdaulat (sovereign wealth fund) negara jiran telah mencadangkan pembangunan bernilai RM12 bilion di Pulau Daat.

Pelan pembangunan itu meliputi pembinaan pelabuhan pelbagai guna dan jambatan menghubungkan Sabah dan Labuan…

Namun kos pembinnaan infrastruktur yang dijangka menelan belanja di antara RM5 bilion itu belum berkhabar sehingga kini.

“Nanti China beli, lagi besar la sempadan laut dia,” kata Faidhzi Shaari.

“Tolong jadilkan hak milik negara. Jangan terlepas kepada pihak luar baru nak menyesal. Kedaulatan negara tiada nilainya. Harganya mati,” kata Yahya Khatib.

Ali Jumat berfikiran sama dengan Azlinda dengan berkata lebih baik jika Kerajaan Negeri Sabah beli dan majukan pulau itu sendiri.

Mohd Norhakim berpendapat harga lelong itu terlalu murah dan patut dimulakan dengan RM 5 bilion.

“Hanya untuk rakyat Malaysia, sebab soalnya jual tanah rizab bukan jual lelong berumahan,” jelasnya.