Polis Kota Belud Cari Pemecah Cermin Axia

Polis Kota Belud Cari Pemecah Cermin Axia

0
SHARE

KOTA BELUD: Polis giat mengesan dua orang lelaki yang memecahkan cermin penumpang depan sebuah kenderaan Axia dalam rakaman video yang tular semalam.

Punca insiden pada 4.40 petang di tepi jalan Restoran Gula Apong pada Isnin lalu itu masih belum diketahui Polis.

Ketua Polis Daerah Kota Belud, Supt Shahrudin Mat Husain berkata, pihaknya akan mengesan dan mengambil keterangan kesemua suspek yang terbabit bagi membantu dalam siasatan.

“Justeru, pihak Polis ingin menasihatkan kepada orang awam agar tidak membuat sebarang spekulasi berkaitan kejadian…

“Ini bagi mengelak sebarang kekeliruan dan kegusaran masyarakat serta boleh mengganggu siasatan yang dijalankan oleh pihak polis,” katanya dalam sebuah kenyataan.

Kes disiasat dibawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara minimum satu tahun atau denda atau kedua-duanya jika disabit kesalahan.