Tiga Kanak-Kanak Lemas Cuba Selamatkan Ahli Keluarga Terjatuh

Tiga Kanak-Kanak Lemas Cuba Selamatkan Ahli Keluarga Terjatuh

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tiga kakak-kanak perempuan lemas ketika seorang daripada mereka tergelincir ke dalam di Kampung Bunga Raya, Kepayan, sini kira-kira 2.30 petang kelmarin.

Mangsa warganegara asing berumur antara 5 hingga 12 tahun terbabit disahkan meninggal dunia di Hospital Queen Elizabeth II.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, ACP Mohd Zaidi Abdullah berkata, ketiga-tiga mangsa mempunyai hubungan keluarga dan tinggal berjiran di rumah setinggan di kampung berkenaan.

“Ketiga-tiga mangsa sedang bermain di tebing parit sebelum seorang daripada mereka tergelincir dan jatuh ke dalam…

“Dua mangsa cuba menyelamatkan mangsa pertama, namun disebabkan tidak pandai berenang, ketiga-tiga mereka terus lemas di parit berkenaan ,” katanya ketika dihubungi wartawan hari ini.

Katanya seorang remaja lelaki yang kebetulan berada di lokasi kejadian dan melihat kejadian itu terus bertindak menarik semua mangsa keluar daripada parit berkenaan.

Menurutnya, kedudukan lokasi kejadian terpencil berjarak 200 meter dari kawasan rumah mereka.

“Keadaan lokasi kejadian juga membabitkan parit selebar 5 meter dan kedalaman air kira-kira 2 meter berikutan air sedang pasang,” jelasnya.

Zaidi berkata siasatan lanjut masih dijalankan dan kes diklasifikasikan sebagai kematian mengejut (SDR).