
COLORADO, AS -Pihak berkuasa telah mengeluarkan video seekor anjing peliharaan yang memulakan kebakaran dalam sebuah rumah di sini apabila ia menghidupkan dapur pada tengah malam dan menyalakan beberapa kotak yang terletak di atasnya.
Jabatan Bomba Colorado Springs bertindak ke sebuah rumah di Rushmore Drive pada kira-kira 4:43 pagi 26 Jun lalu.
Ianya selepas mereka menerima panggilan daripada keluarga yang mengatakan telah mengalami kebakaran di bahagian dapur namun berjaya memadamkannya dengan cepat.
“Jentera Nombor 23 tiba di tempat kejadian pada jam 4:47 pagi di sebuah rumah kediaman tanpa api atau asap kelihatan.
“Selepas siasatan, kru tidak menemui sebarang kebakaran aktif tetapi menemui bukti kebakaran,” kata Jabatan Bomba Colorado Springs dalam satu kenyataan di media sosial.
Pemilik rumah lelaki itu dapat memadamkan api sebelum kru tiba di sana tetapi dia kemudian dibawa ke hospital dan menerima rawatan kerana terhidu asap.
Tiada kecederaan lain dilaporkan sama ada kepada orang atau haiwan peliharaan mereka.
“Selepas melihat rakaman keselamatan rumah mereka, kami menentukan anak anjing mereka agak ingin tahu dan secara tidak sengaja menghidupkan dapur yang mempunyai beberapa kotak di atasnya,” kata Jabatan Bomba Colorado Springs.
Rakaman itu menunjukkan seekor anjing melompat dan meletakkan kakinya di atas dapur untuk memeriksa kotak yang diletakkan di atas.
Pihak berkuasa percaya bahawa apabila ia melompat ke bawah, ia secara tidak sengaja menghidupkan dapur yang menyalakan kotak dan mencetuskan kebakaran rumah.
Katanya, pemilik rumah segera dikejutkan oleh Apple HomePod mereka yang menghantar notifikasi “haba tinggi” sebelum api sempat merebak ke seluruh rumah.
Para pegawai mengambil situasi unik ini untuk mengingatkan orang ramai tentang keselamatan kebakaran di dalam rumah mereka.
“Ini adalah peringatan yang baik untuk sentiasa mempunyai penggera asap yang berfungsi di dalam dan di luar setiap ruang tidur dan di setiap tingkat rumah…