KUALA LUMPUR – Demi rumah tangga yang berkekalan, kedua-dua belah keluarga seharusnya menerima pasangan dengan hati terbuka dan menganggap mereka sebagai ahli baharu dalam keluarga.
Memetik sumber Mstar, walau bagaimanapun melalui satu luahan tanpa nama di laman X, seorang wanita mendedahkan hatinya terguris apabila suaminya terlepas pandang perkara penting berkaitan grup sembang di aplikasi WhatsApp.
Menurut wanita itu, suaminya enggan memasukkan dia ke dalam grupnWhatsApp keluarga mentua, seolah-olah tidak menghormatinya sebagai pasangan.
“Petang selepas nikah, ayah terus masukkan suami dalam semua grup keluarga. Cuma sampai ke hari ini, suami masih belum masukkan saya dalam mana-mana grup keluarga dia.
“Adakah perkara seperti ini boleh diterima atau tidak? Rasa macam kehadiran saya dalam keluarga mentua tidak dihargai. Saya pula bukan sejenis yang meminta, kalau orang tak ajak saya tak gerak…
“Macam mana saya nak tahu kalau keluarga suami ada buat apa-apa perancangan, dah saya disisihkan macam ni, ujar wanita itu kecewa.
Menjengah ke ruangan ciapan balas, rata-rata warga maya turut berasa berang dengan situasi yang dihadapi wanita berkenaan dan berkongsikan solusi kepada permasalahan itu.
“Saya dah enam bulan kahwin, saya pun tak dapat masuk grup keluarga suami, tapi suami akan sampaikan apa-apa yang penting dalam grup kepada saya…
“Jadi kalau awak pun tak dibenarkan masuk grup famili mentua, boleh pesan dekat suami supaya sentiasa ceritakan perkara yang mustahak tentang keluarganya kepada awak. Tak ada la awak rasa ketinggalan” kata pelayar.
Dalam pada itu, warga maya juga berpendapat situasi sedemikian mempunyai kebaikan yang tersendiri.