PENAMPANG, SABAH – Penampang menjadi daerah ke-20 yang diisytihar berwabak Demam Babi Afrika (ASF) di Sabah.
Timbalan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Dr Jeffrey Kitingan berkata, virus itu mula dikesan pada 14 Disember tahun lalu dan telah merebak ke lima kampung di Inobong, Sugud dan Koidupan sini.
“Kes itu melibatkan sebanyak 229 ekor khinzir belakang rumah milik enam penternak berbeza…
Kerugian dianggarkan mencecah RM115,000,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Jeffrey yang juga Menteri Pertanian dan Perikanan berkata, Penampang mempunyai dua ladang babi komersial dengan anggaran 2,900 ekor.
Katanya, bagi mengelak wabak itu merebak ke daerah berhampiran, kementerian melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) akan mengadakan kempen kesedaran di daerah Penampang bagi memastikan rakyat mendapat maklumat mengenai ASF.
Jabatan itu juga akan memantau dan mengawal pergerakan babi dan produk khinzir bagi memastikan tiada yang keluar dari Penampang buat masa ini.
Sejak wabak ASF pertama kali diisytiharkan pada tahun lepas, 10 daerah telah diisytiharkan bebas ASF selepas tempoh 60 hari berlalu sejak kes terakhir dilaporkan.
Daerah ini ialah Kota Marudu, Pitas, Sandakan, Kinabatangan, Beluran, Telupid, Tongod, Tawau, Lahad Datu, dan Semporna.
“Kerajaan menyedari kebimbangan rakyat terutamanya kerana Tahun Baru Cina semakin hampir…