Jasad Bayi Jatuh Titi Ditemui Terapung

Jasad Bayi Jatuh Titi Ditemui Terapung

0
SHARE

KUCHING, SARAWAK – Jasad seorang bayi lelaki yang dipercayai terjatuh dari titi di rumah mereka ketika air pasang ditemui dalam keadaan terapung di Kampung Muara Teba, di sini, semalam.

Memetik laporan Harian Metro, ibu kepada bayi yang berusia setahun itu tersedar akan kehilangannya kira-kira jam 6 petang.

Berikutan itu, ahli keluarga dengan bantuan penduduk kampung berusaha mencarinya di kawasan berdekatan.

“Kira-kira jam 7 petang, jasad bayi itu ditemui terapung ketika air pasang di kampung berkenaan…

“Sebaik ditemui, ibu dan bapa bayi berkenaan terus mengejarkannya ke Hospital Umum Sarawak (HUS) namun pegawai perubatan mengesahkan mangsa sudah meninggal dunia,” kata Ketua Polis Daerah Kuching, Asisten Komisioner Ashmon Bajah menerusi satu kenyataan, hari ini.

Tambahnya, kes ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR) buat masa ini.