KOTA KINABALU, SABAH – Pasukan bomba memberi rawatan awal kepada seorang wanita warganegara Indonesia yang pengsan di Pusat Konvensyen Antarabangsa Sabah (SICC) tengah hari tadi.
Menurut laporan Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah, panggilan kecemasan berkenaan mangsa berumur 31 tahun itu diterima Balai Bomba dan Penyelamat Kota Kinabalu pada jam 1.10 tengah hari.
Sepasukan empat anggota dan pegawai bertindak ke lokasi.
“Pasukan EMRS (perubatan kecemasan) bertindak memberi rawatan awal dan mengangkat mangsa menggunakan pengusung.
“Mangsa seterusnya dihantar ke Hospital Gleneagles untuk mendapatkan rawatan lanjut,” kata seorang jurucakap agensi.
Operasi kemudian tamat pada jam 1.45 tengah hari.