Budak Lelaki 10 Tahun Kecewa Dengan Bapa, Buat 9 Laporan Polis

Budak Lelaki 10 Tahun Kecewa Dengan Bapa, Buat 9 Laporan Polis

0
SHARE
Aduan sama telah dibuat sebanyak lapan kali dalam tempoh setahun lalu.

BEIJING: Tular di media sosial China, kisah kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun yang sudah sembilan kali membuat laporan di balai polis dalam tempoh setahun lalu kerana merasakan bapanya lebih menyayangi kakaknya berbanding dirinya.

Setiap kali anak ini berasa tidak diendahkan, dia yang berasal dari wilayah Hunan di Selatan China itu akan berjalan sejauh satu kilometer dari rumahnya ke balai polis terdekat untuk membuat aduan, lapor South China Morning post (SCMP).

Terbaru adalah pada 28 Januari lalu, kira-kira jam 3 petang apabila dia berasa marah dia telah meminta pegawai polis membantunya.

Menerusi satu rakaman video, kanak-kanak lelaki itu dilihat duduk di sebelah seorang anggota polis beruniform, menangis, marah dan meluahkan keluhan mengenai bapanya yang lebih menyebelahi kakaknya. 

“Siapa yang buat awak marah sangat?” tanya polis dalam satu video.

“Ayah saya,” jawab kanak-kanak lelaki itu sebelum menangis teresak-esak.

Bapanya kemudian datang ke balai polis sambil membawa kotnya dan cuba memakaikan kot itu kepadanya namun ditolaknya sambil menjerit, “tidak!”.

Bagaimanapun, selepas ditenangkan, kanak-kanak itu menceritakan yang dia berasa bapanya tidak mengambil berat terhadapnya.

Menurutnya lagi, kakaknya lebih disayangi dan mendapat perhatian bapanya.

Butiran mengenai kedatangan kanak-kanak itu ke balai polis sebelum ini tidak dikongsi dalam video tetapi ibunya mengesahkan tindakan anakanya yang sudah lapan kali melakukan perkara sama.

Ibu bapanya mengakui mereka sibuk bekerja dan mungkin tidak memberi perhatian terhadap perasaan anak lelaki mereka.

Kes itu akhirnya selesai selepas pihak polis menjadi orang tengah keluarga itu.