KUALA LUMPUR – Setiap individu di Malaysia bakal mengetahui status kesihatan mereka melalui aplikasi MySejahtera setelah beberapa pengenalan ciri-ciri baharu akan ditambahbaik pada aplikasi berkenaan.
Menteri Kesihatan, Khairy Jamaluddin dalam satu hantaran Twitternya malam tadi berkata, pasukan yang dipertanggungjawabkan telah memulakan proses penambahbaikan semalam juga bagi memudahkan orang ramai memaparkan tahap risiko dan status vaksinasi masing-masing.
“Ini akan memudahkan kehidupan rakyat di tengah-tengah penularan pancemik COVID. Kami akan terus mengemas kini dan menambah baik aplikasi itu dalam minggu-minggu berikutnya,” katanya.

Khairy yang dipetik Bernama turut berkata, satu ciri terbaru dalam aplikasi MySejahtera ialah butang daftar keluar yang ditambah bagi menambah baik proses pengesanan kontak.
“Sebaik saja meninggalkan satu tempat, perlu sentiasa ingat untuk daftar keluar. Anda hanya perlu menekan satu butang, tiada imbasan diperlukan,” katanya.