Hidup Kembali Selepas 30 Minit Disahkan Meninggal Dunia

Hidup Kembali Selepas 30 Minit Disahkan Meninggal Dunia

0
SHARE
Sumber: @pusatperubatantra TikTok

TULAR video seorang individu dikhabarkan meninggal dunia namun hidup kembali selepas 30 minit kemudian.

Menerusi video tersebut, pemilik akaun TikTok @pusatperubatantra berkongsi situasi pelik yang dihadapi individu itu.

Difahamkan, individu berkenaan dikhabarkan meninggal dunia oleh jururawat selepas menjalani sebuah pembedahan. Ia selepas jururawat tersebut melihat perkembangan dan tiada tindak balas daripada individu tersebut.

Namun, selepas 30 minit seorang doktor datang untuk mengesahkan kematiannya itu tetapi dia tiba-tiba memberi tindak balas yang mengejutkan semua orang kerana hidup semula.

Tinjauan di ruangan komen mendapati netizen turut memberikan pelbagai reaksi dan pandangan mereka, tidak kurang juga ada dari mereka yang mengatakan kejadian itu adalah ‘mati suri’.

“Org kg aku ada soqg pakcik dh penah mati tp hdup balek…oqg cakap mati suri..tp lani ada di pondok pakteh pengkaln hulu,” kongsi @Matyie_97

Bagaimanapun ada individu yang berkongsi pendapat berbeza seperti yang dikongsi @Arrogant dalam ruang komen video ini, “Dalam Islam mati suri to xde yee 😅‘ ini sebb oxygen dlam paru2 tersumbat untuk beberapa minit ‘ lepas oxygen dh ok jantung pon berdegup mcm biasa,” katanya.

Ketika artikel ini ditulis, video itu telah pun meraih 1.3M views, 81.9K likes dan 840 comments di TikTok.

@pusatperubatantra

Alhamdulillah.. #ayahmatketereh #rawatanrakyatmalaysia

♬ original sound – pusatperubatantra – pusatperubatantra