VIDEO VIRAL: LELAKI OKU TERKILAN TERIMA SURAT SAMAN DARI MAJLIS PERBANDARAN DAERAH

VIDEO VIRAL: LELAKI OKU TERKILAN TERIMA SURAT SAMAN DARI MAJLIS PERBANDARAN DAERAH

0
SHARE

KUALA LANGAT – Seorang Orang Kurang Upaya (OKU) terkilan selepas menerima saman daripada Majlis Perbandaran daerah ini meskipun meletak kenderaannya yang lengkap dengan pelekat dalam petak OKU di Pantai Morib pada Ahad.

Roslan Jajuli dalam satu muat naik ke laman sosial Tik Tok terkejut dengan tindakan yang diambil pihak berkuasa namun memilih untuk membayar saman berjumlah RM20.

“Tengok sendiri cara parking, tak senget pun. RM20 aku bayar je lah,” kata insan dengan mata pencarian busking itu.

Beliau yang bangga berketurunan Jawa Selangor meminta petugas untuk lebih membuka mata ketika menjalankan tugas.

Roslan menasihati mereka untuk menjenguk ke dalam kereta terlebih dahulu sebelum lekas mengeluarkan saman.

“Tengok dulu hand control dan sticker ni…tak pernah pun disaman mana-mana sebelum ni,” dakwa beliau yang pertama kali disaman atas kesalahan kekurangan upaya.

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Di ruangan komen video berdurasi dua minit itu, pengguna elmi@85 berpendapat bahawa mungkin sticker OKU Roslan tidak berdaftar dan tanpa nombor siri.

Namun alasan itu tidak masuk akal kerana jika seseorang OKU itu ke luar daerah ianya menyusahkan untuk mendaftarkan diri dengan setiap Majlis Perbandaran semata-mata untuk mengelak dari disaman.