PM Pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet Kerajaan Perpaduan

PM Pengerusikan Mesyuarat Khas Kabinet Kerajaan Perpaduan

0
SHARE

PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mempengerusikan mesyuarat khas Kabinet Kerajaan Perpaduan bertempat di Perdana Putra, di sini, hari ini.

Memetik sumber Bernama, pada 2 Disember lepas, Anwar telah mengumumkan barisan Kabinet yang dianggotai 28 menteri serta dua timbalan perdana menteri, selain beliau sendiri memegang portfolio Menteri Kewangan.

Mesyuarat pertama yang dihadiri kesemua Jemaah Menteri itu bermula jam 10 pagi.

Anwar tiba di bangunan Perdana Putra itu pada kira-kira 8.10 pagi sebelum mempengerusikan mesyuarat khas tersebut.

Majoriti menteri Kabinet telah mengimbas kad perakam waktu dan memasuki pejabat masing-masing sebelum menghadiri mesyuarat terbabit.