PUTRAJAYA – Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini telah memulakan tugas secara rasmi di Perdana Putra di sini.
Memetik sumber Bernama, Ahmad Zahid yang mengenakan sut serba hitam, disambut Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd Zuki Ali sebaik tiba di pekarangan Kompleks Perdana Putra pada pukul 8 pagi.

Beliau kemudiannya mengimbas kad perakam waktu di pejabatnya di Aras 4 sebelum mengaminkan doa yang dipimpin oleh Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam Jabatan Perdana Menteri Kamruzaman Abdul Aziz.
Ahli Parlimen Bagan Datuk itu kemudiannya memasuki pejabatnya serta menandatangani Buku Selamat Datang.
Dalam pada itu, Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Fadillah Yusof yang juga merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi mengimbas kad perakam waktu sebagai simbolik memulakan tugas di kementerian itu pada jam 8:30 pagi ini.





