Dakwaan Nasi Putih Dan Kuah RMT Akan Disiasat – KPM

Dakwaan Nasi Putih Dan Kuah RMT Akan Disiasat – KPM

0
SHARE
Gambar makanan RMT nasi putih beserta kuah yang tular di media sosial - Sumber Facebook

PUTRAJAYA – Siasatan mengenai penularan gambar nasi putih dan kuah didakwa makanan murid di bawah Rancangan Makanan Tambahan (RMT) akan dilakukan, kata Menteri Kanan (Pendidikan), Datuk Dr. Radzi Jidin.

Menerusi laporan Kosmo, Radzi berkata perkara tersebut adalah sesuatu yang serius dan wajar disiasat segera bagi mengenal pasti dakwaan tersebut samada ada benar atau tidak serta sekolah yang terbabit.

“Malam tadi saya dimaklumkan tentang satu hantaran di Facebook yang tular mengenai gambar nasi putih dan kuah yang didakwa sebagai makanan kepada murid di bawah (RMT)…

“KPM tidak berkompromi dalam hal yang melibatkan kebajikan murid,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini.

Terdahulu, tular di media sosial mengenai penerima RMT yang didakwa hanya berbekalkan nasi putih dan kuah sahaja di sekolah.

Gambar tersebut didedahkan oleh seorang pengguna Facebook yang berkongsi simpatinya dengan memuat naik sekeping gambar makanan berkenaan sambil mempersoalkan peruntukan kerajaan menerusi program tersebut.