Tempoh Perkhidmatan Guru Interim Dilanjutkan Setahun

Tempoh Perkhidmatan Guru Interim Dilanjutkan Setahun

0
SHARE

SHAH ALAM – Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengumumkan tempoh perkhidmatan guru interim lantikan tahun 2019 akan dilanjutkan untuk tempoh setahun lagi.

KPM dalam satu kenyataan berkata, pelanjutan tempoh tersebut adalah bagi membolehkan urusan temu duga dan lantikan tetap bagi guru yang telah memenuhi syarat diselesaikan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Pendidikan (SPP).

“Sementara itu, bagi guru interim lantikan sebelum tahun 2019, mereka juga hendaklah memastikan syarat lantikan Skim Perkhidmatan Pegawai Perkhidmatan Pendidikan (PPP) dipenuhi.

“Ini bagi membolehkan perakuan dibuat oleh KPM sebelum dikemukakan kepada SPP untuk urusan temuduga dan lantikan tetap…

“KPM sentiasa komited untuk terus melakukan yang terbaik,” kata kenyataan itu.