KUALA LUMPUR – Penyanyi muda yang terkenal dengan gelaran ‘anak Awie’ di aplikasi Tik Tok, Reyzal, 25, kini tampil dengan karya sulungnya bertajuk ‘Mata’.
Pemilik nama sebenar Muhammad Reyzal Mohd Yazmi yang lebih mesra dikenali sebagai Rey itu berkata lagu ‘Mata’ itu ditulis oleh beliau sendiri berdasarkan kisah hidupnya sendiri.
”Sebenarnya lagu ‘Mata’ ini saya menulis adalah berkisahkan apa yang pernah terjadi dalam hidup saya dulu. Tapi itu dulu, sekarang lain dan tak sangka pulak dapat di jadikan lagu tu single pertama saya.
“Biarlah saya saja yang mengetahuinya (maksud disebalik lagu ‘Mata’), mahu jadikan ia sebagai rahsia peribadi.
“Saya hanya menyampaikan apa yang tersurat di hati saya dalam bentuk nyanyian dan saya sangat tidak menyangka impian saya menjadi kenyataan,” katanya.
Single pertama Reyzal Yazmi ‘Mata’ di jangkakan bakal menemui pendengar di awal bulan Ogos 2023.
Lagu ini di bawah naungan Sony Music Entertainment Malaysia dan RR Entertainment.
Rey dalam pada itu turut berharap agar karya sulungnya itu diterima dengan baik oleh pendengar di seluruh Malaysia.