PENAMPANG: Sebuah kenderaan Toyota Vios seolah menjadi inti sandwic apabila terbabas ke dalam parit di bahu jalan berhampiran Bulatan 3, di Donggongon sini tadi.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah melaporkan terdapat dua mangsa tersepit yang berjaya dikeluarkan oleh pasukan Bomba dalam kejadian kira-kira 9.20 pagi itu.
Dua orang lelaki tersebut dikenal sebagai Hooi Kok Weng, 46, dan Tan Joo Hong, 45.
“Pasukan EMRS memberi rawatan awal dan seterusnya menghantar mangsa tersebut ke Hospital bagi mendapatkan rawatan selanjutnya.
“Operasi tamat sepenuhnya pada jam 9.47 pagi,” tambah sumber itu.





