KUALA LUMPUR – Sempadan Malaysia akan dibuka semula pada 1 April umum Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob hari ini.
“Dengan ini, warganegara Malaysia yang mempunyai dokumen perjalanan yang sah boleh masuk dan keluar negara seperti sebelum pandemik COVID-19,” katanya semasa sidang media jam 4 petang tadi.
Beliau juga yakin dengan kebebasan pelancong antarabangsa untuk melawat negara ini sejak ianya ditutup pada Mac 2020, ekonomi negara juga akan dipertingkatkan.
Ismail berkata, pengembara yang telah divaksin sepenuhnya tidak perlu menjalani kuarantin sebaik pulang ke Malaysia.
Sebaliknya, mereka hanya perlu menjalani ujian untuk Covid-19 sebelum berlepas dan semasa ketibaan.
Katanya keputusan untuk membuka semula sempadan dibuat berdasarkan “sains dan fakta terkini” mengenai COVID-19 sambil menambah negara lain juga telah mula membuka sempadan mereka.
“Pelancong asing tidak perlu lagi memohon MyTravelPass di Jabatan Imigresen yang akan dimansuhkan mulai bulan depan.
“Bagaimanapun, mereka masih perlu memuat turun dan mengaktifkan aplikasi MySejahtera serta melengkapkan borang pra-berlepas melalui fungsi “Pengembara” aplikasi tersebut,” jelasnya.
“Perkara yang paling penting ialah Malaysia kini merupakan destinasi terbuka,” tambah beliau.
Program Laluan Perjalanan Vaksinasi (VTL) udara Malaysia dengan Kemboja dan Thailand akan bermula pada 15 Mac.
Program yang sama antara Malaysia dan Singapura akan diperluaskan termasuk laluan Pulau Pinang-Singapura mulai 16 Mac.