Kes Harian COVID-19 Sabah Terus Menurun Hari Ini

Kes Harian COVID-19 Sabah Terus Menurun Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Tidak banyak perubahan pada jumlah kes baharu Sabah hari ini dengan pengurangan hanya 19 kes sahaja berbanding kelmarin.

Menurut Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun, catatan keseluruhan 1,216 kes hari ini tidak semestinya mencerminkan Sabah berada dalam fasa penstabilan.

“Cuma 12 daripada 27 daerah di negeri ini mencatatkan penurunan kes sedangkan 15 daerah lain merekodkan pertambahan…

“Peratusan jumlah kes simptomatik yang berpunca daripada jangkitan sporadik juga kekal tinggi iaitu 64 peratus daripada jumlah keseluruhan.

“Jumlah ini hampir dua-pertiga daripada jumlah kes baharu di Sabah,” jelasnya dalam rumusan harian.

Tujuh (7) kluster diisytiharkan tamat hari ini dimana enam (6) daripadanya adalah kluster institusi pendidikan.

Kluster-kluster tersebut ialah Kluster Jalan Pertukangan (Sandakan), Kluster Teritipan (Kota Marudu), Kluster Lorong Api-Api (Kota Kinabalu), Kluster Jalan Sri Balung (Tawau), Kluster Jalan Pendidikan Ranau (Ranau) dan Kluster Sungai Batang Batu 10 (Sandakan).

Satu lagi kluster yang ditamatkan ialah kluster berisiko tinggi iaitu Kluster Montenior (Beaufort). Baki jumlah kluster yang masih aktif diseluruh negeri Sabah ialah 31 kluster.

TIGA (3) daerah mencatatkan kes tiga angka iaitu Kota Kinabalu, Penampang dan Papar.

“Sembilan-belas (19) daerah lain mencatatkan kes dua angka dan tiga daerah mencatatkan kes baharu satu angka…

“Daerah Kunak dan Tongod tidak merekodkan sebarang kes baharu,” tambahnya.

Beliau berkata terdapat pertambahan kes baharu yang tinggi di beberapa daerah yang mencatatkan kes baharu dua angka.

“Antaranya ialah Keningau 75 kes (+31), Sandakan 49 kes (+24), Kota Belud 47 kes (+20) dan Putatan 39 kes (+25),” jelasnya.

Tiga (3) kes hari ini masing-masing berada dalam Kategori 3 dan 5 manakala 11 lagi dalam Kategori 4.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (08 Mac 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu – 284 (352)
Penampang – 137 (128)
Papar – 110 (141)
Tuaran – 82 (117)
Keningau – 75 (44)
Tawau – 51 (46)
Sandakan – 49 (25)
Kota Belud – 47 (27)
Beaufort – 43 (49)
Tenom – 39 (25)
Putatan – 39 (14)
Tambunan – 34 (29)
Kota Marudu – 32 (33)
Sipitang – 32 (41)
Kudat – 31 (17)
Kuala Penyu – 27 (26)
Telupid – 23 (11)
Ranau – 17 (18)
Pitas – 15 (13)
Beluran – 14 (8)
Lahad Datu – 12 (26)
Kinabatangan – 11 (10)
Nabawan – 8 (11)
Semporna – 3 (2)
Kalabakan – 1 (11)
Kunak – 0 (3)
Tongod – 0 (8)