TAMBUNAN, SABAH – Warga emas yang dilaporkan hilang ketika keluar mencari sayur sejak tiga hari yang lalu (Khamis) di Kampung Tikolod sini, selamat dijumpa hari ini.
Mangsa Bibia Angkangon, 63, ditemui pasukan cari dan menyelamat terdiri daripada anggota Bomba, Polis, RELA dan penduduk kampung pada jam 2.20 petang.
“Operasi mencari dan menyelamat hari kedua dimulakan pada jam 8 pagi di kawasan hutan dan persisiran sungai berdekatan…
“Mangsa telah dijumpai di kebun kelapa sawit 1.5 km dari rumah mangsa dan berada dalam keadaan baik dan selamat.
“Beliau seterusnya dibawa ke Hospital pada jam kira-kira 30 minis kemudian oleh Pihak Polis bagi mendapatkan pemeriksaan kesihatan selanjutnya,” lapor Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah.
Operasi ditamatkan sepenuhnya pada jam 3 petang.
“Operasi mencari dan menyelamat hari kedua dimulakan pada jam 8 pagi di kawasan hutan dan persisiran sungai berdekatan…




