Warga Emas Bersama Cucu Rentung Dalam Insiden Kebakaran Rumah

Warga Emas Bersama Cucu Rentung Dalam Insiden Kebakaran Rumah

0
SHARE
Warga Emas dan Kanak-kanak yang rentung. (Sumber: Ihsan JBPM Sabah)

RANAU: Seorang warga emas bersama cucunya ditemui rentung dalam insiden kebakaran rumah di Kampung Matan Ranau pada malam Khamis.

Dalam kejadian kira-kira jam 10.50 malam itu, kedua mangsa ditemui dalam keadaan rentung di dalam sebuah bilik.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Ranau, Ridwan Mohd Taib berkata, pihaknya menerima laporan kebakaran rumah itu pada jam 10.53 malam.

“Laporan kebakaran melibatkan sebuah rumah jenis kekal berkeluasan 20 x 50 kaki terbakar 100 peratus dan terdapat dua orang mangsa rentung dijumpai di dalam bilik,” katanya dalam satu kenyataan media di sini, hari ini.

Mangsa, iaitu warga emas Jafflan Sigal, 60 tahun ditemui rentung bersama kanak-kanak, iaitu Carla yang baru berusia empat tahun.

Pasukan Bomba bertindak memadam kebakaran menggunakan dua pancutan, dua aliran 200 kaki sumber air dari tangki jentera dan pili bomba berhampiran.

“Operasi kemudian terkawal pada jam 11.45 mlm dan kerja-kerja ‘overhaul’ sedang dijalankan,” tambahnya.