SANDAKAN, SABAH – Pemandu sebuah kenderaan van Nissan Vanette cedera parah selepas bertembung dengan kenderaan pacuan empat roda Toyota Hilux di Jalan Batu 12, Sandakan sini pagi tadi.
Mangsa lelaki, Patrict Baligus, 69, mengalami patah kaki manakala dua lagi mangsa lelaki dalam kenderaan Hilux, Muhammad Jeffri Masrye, 25, dan Ridzwan Masrye, 21, hanya cedera ringan.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah menerima panggilan kecemasan kes pada jam 9.38 pagi.
Pasukan bomba berusaha mengeluarkan mangsa yang tersepit. – Foto Ihsan Bomba…
“Kesemua mangsa telah dibawa ke Hospital menggunakan jentera EMRS dan Ambulans untuk rawatan lanjut…
“Operasi tamat pada jam 10.26 pagi,”katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.