WHO Larang Individu Bertindak Campurkan, Padankan Suntikan Vaksin COVID-19

WHO Larang Individu Bertindak Campurkan, Padankan Suntikan Vaksin COVID-19

0
SHARE
Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)...

GENEVA, SWITZERLAND – Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam satu kenyataan melarang mana-mana individu tidak boleh putuskan atau bertindak untuk mencampur dan memadankan suntikan vaksin COVID-19 berbeza bagi kegunaan orang ramai.

Sebaliknya, WHO menegaskan bahawa perkara itu sepatutnya dibuat oleh agensi awam bergantung kepada data sedia ada.

Ketika amalan campur dan padanan ini mungkin menarik bagi penduduk di negara kekurangan bekalan vaksin, lebih banyak kajian diperlukan untuk memastikan keselamatan dan keimunogenan, kata seorang jurucakap WHO memetik ketua saintis badan dunia itu, Soumya Swaminathan pada taklimat media di pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva.

“Data daripada kajian campuran dan padanan vaksin yang berbeza dinantikan – keimunogenan dan keselamatan kedua-duanya perlu dinilai,” kata Swaminathan yang dipetik Xinhua.

Menurut maklumat disediakan jurucakap WHO pada taklimat baru-baru ini, percubaan klinikal yang diketuai Universiti Oxford di Britain kini sedang dijalankan untuk mengkaji campuran vaksin AstraZeneca dan Pfizer-BioNTech.

Kajian itu turut dikembangkan kepada vaksin Moderna dan Novavax.

Jurucakap WHO menyatakan, penemuan awal daripada kajian itu menunjukkan individu yang menerima vaksin AstraZeneca untuk dos pertama, diikuti vaksin Pfizer-BioNTech sebagai dos kedua, berkemungkinan mengalami demam dan kesan sampingan ringan biasa berbanding kesan daripada suntikan dua dos vaksin AstraZeneca.