KOTA KINABALU, SABAH – Keadaan COVID-19 Sabah secara bertambah baik dengan 17 daerah tidak melaporkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu.
Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkaya, enam (6) daerah juga masing-masing merekodkan hanya satu jangkitan baharu.
“Ini membantu mengurangkan angka jangkitan harian hari ini kepada 45 kes iaitu 10 kes lebih rendah daripada semalam…
“Tujuh (7) daerah mencatatkan penurunan angka kes baharu berbanding 5 daerah yang merekodkan peningkatan.
“Jumlah jangkitan di Kota Kinabalu kekal dua angka dengan 18 kes (-1) tetapi Penampang bertambah dua (2) kes kepada 14 kes baharu.
“Sandakan yang mencatat sembilan (9) kes kelmarin tidak mencatatkan sebarang jangkitan baharu hari ini,” katanya dalam rumusan harian kes.
Kesemua 45 kes yang direkodkan hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 sahaja dan tidak memerlukan rawatan khusus.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (05 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 18 (19)
Penampang 14 (12)
Sipitang 4 (5)
Tuaran 3 (3)
Keningau 1 (0)
Kota Marudu 1 (0)
Kudat 1 (1)
Papar 1 (1)
Tambunan 1 (0)
Tawau 1 (0)
Beaufort 0 (1)
Beluran 0 (0)
Kalabakan 0 (0)
Kinabatangan 0 (1)
Kota Belud 0 (0)
Kuala Penyu 0 (0)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (1)
Nabawan 0 (0)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (0)
Ranau 0 (2)
Sandakan 0 (9)
Semporna 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)