Sabah Kubu Bersatu, GRS Bawa Manfaat Pada Rakyat

Sabah Kubu Bersatu, GRS Bawa Manfaat Pada Rakyat

0
SHARE
Saiful ditemuramah pemberita dalam sebuah kedai makan di bandar ini...

KOTA KINABALU, SABAH – Ketua Penerangan Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Datuk Wan Saiful Wan Jan berterima kasih kepada kerajaan negeri Gabungan Rakyat Sabah (GRS) kerana menjadi kubu parti nasional tersebut di Sabah.

Beliau berkata pengaruh Bersatu semakin kuat hari demi hari terutamanya apabila Presidennya, Tan Sri Muhyiddin Yassin sentiasa berada diserang musuh politik.

“Lebih ramai orang dilihat memberi sokongan kepada Perikatan Nasional setiap hari…

“Walaupun tidak cukup untuk memenangi pilihan raya negeri Melaka dan Johor baru-baru ini, kita masih maju kehadapan.

“Pihak lain cuba menyerang kita terutamanya Muhyiddin. Tetapi kami percaya beliau adalah satu-satunya pemimpin yang dilihat mempunyai kredibiliti dan kemampuan untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia.

“Mereka cuba membunuh karakternya tetapi dengan berbuat demikian ianya hanya menguatkan Bersatu,” katanya kepada pemberita di sini semalam.

Saiful ditemui dalam lawatan ke semua 25 bahagian Bersatu Sabah untuk memberi dan mendapatkan maklumat terkini.

Kota Kinabalu merupakan persinggahan keempat selepas Tawau, Sandakan dan Ranau. Beliau dijadualkan melawat Beaufort hari ini.

Katanya lawatan itu juga bagi memastikan politik Sabah diterajui oleh mereka yang benar-benar memahami isu rakyat.

“Pembentukan GRS juga merupakan cetusan idea Muhyiddin…

“Dan di peringkat nasional kami meletakkan semua keyakinan kami kepada kepimpinan Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang menawarkan hanya yang terbaik kepada rakyat Sabah.

“Ini adalah sesuatu yang akan memberi manfaat besar kepada rakyat,” katanya sambil mengucapkan tahniah kepada Pengerusi GRS itu keatas pelancaran rasmi gabungan tersebut minggu lalu.

Sementara itu, beliau berkata parti itu mengambil pendekatan ‘move on’ terhadap keputusan Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi, Datuk Zuraida Kamaruddin untuk keluar parti.

Wan Saiful yang menggelarnya sebagai ‘Kak Zu’ berkata ahli parlimen Ampang itu sering tidak hadir dalam mesyuarat majlis tertinggi dan telah berulang kali memaklumkan agendanya kepada presiden parti terlebih dahulu.

Zuraida memilih untuk meneruskan perjuangan dengan Parti Bangsa Malaysia.

“Kami tidak mahu ia berlaku tetapi ia telah berlaku. Namun kami percaya bahawa sayap dan jentera belia dan wanita Bersatu adalah mencukupi.

“Seperti yang dinyatakan oleh setiausaha agung kami, Datuk Seri Hamzah Zainudin, pilihan beliau tidak mewujudkan kelompok dalam parti,” katanya.

Ketika ditanya sama ada mereka berminat untuk bekerjasama dengan Parti Pejuang, yang menangguhkan pelancarannya hujung bulan lalu kerana Presiden parti, Tun Dr Mahathir Mohammed sedang berada di Jepun, beliau berkata Bersatu sentiasa terbuka untuk rundingan.

“Apa yang penting ialah politik dan kerajaan yang stabil untuk semua rakyat Malaysia. Mungkin melalui gabungan rasmi atau sebaliknya, kita mahu ajukan mesej perubahan untuk negara.

“Tan Sri Muhyiddin Yassin bijak dalam menyediakan platform untuk keadaan tertentu ini. Semuanya akan dibincangkan semasa mesyuarat majlis tertinggi yang kami adakan dua bulan sekali.

“Dan itu termasuk soal menggantikan jawatan menteri Zuraida yang kosong dengan seorang lagi daripada Bersatu,” katanya.