KOTA KINABALU, SABAH – Lagi satu kluster baharu melibatkan pelajar sekolah berasrama di Sandakan dikesan mengakibatkan jumlah harian di Sabah melonjak ke 242 KES hari ini.
Jurucakap Perkembangan Harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, jumlah hari ini merupakan peningkatan 41 kes berbanding semalam.
“Kes indeks ‘Kluster Jalan Pertukangan’ adalah seorang pelajar asrama SMK Sandakan berumur 16 tahun yang mula bergejala sejak 16 Januari (Ahad) lalu…
“Pelajar terbabit telah menjalani ujian pengesanan COVID-19 dan disahkan positif pada hari yang sama.
“Saringan bagi mengesan kontak rapat kes telah dijalankan dan sehingga kini telah berjaya mengesan 72 lagi kes positif,” jelasnya dalam rumusan kes harian.
Namun begitu, kesemua pesakit adalah dalam Kategori 1 dan 2 sahaja yang telah diberikan rawatan yang sesuai.
Katanya, sebanyak enam (6) daerah mencatatkan kes dua angka dengan tiga yang tertinggi iaitu Sandakan (74 kes), Kota Kinabalu (33 kes) dan Tuaran (23 kes).
Hanya satu daerah yang menunjukkan penurunan dua angka iaitu Tuaran -14 kes dan enam (6) daerah tidak merekodkan sebarang kes baharu.
“Sebanyak 238 daripada 242 pesakit baharu hari ini berada dalam Kategori 1 dan 2. Tiga (3) kes dalam Kategori 3 dan tiada kes dalam Kategori 4, dan seorang pesakit lagi dalam Kategori 5,” ujarnya.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (19 Jan 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Sandakan – 74 (14)
Kota Kinabalu – 33 (42)
Tuaran – 23 (37)
Penampang – 18 (18)
Papar – 13 (4)
Kota Belud – 12 (1)
Tambunan – 7 (12)
Beluran – 7 (6)
Keningau – 7 (13)
Beaufort – 7 (2)
Ranau – 6 (10)
Kota Marudu – 6 (10)
Sipitang – 6 (3)
Tawau – 6 (14)
Putatan – 5 (0)
Kuala Penyu – 4 (4)
Tenom – 3 (5)
Lahad Datu – 2 (2)
Semporna – 1 (0)
Telupid – 1 (2)
Kinabatangan – 1 (0)
Kunak – 0 (0)
Nabawan – 0 (0)
Pitas – 0 (0)
Tongod – 0 (0)
Kalabakan – 0 (2)
Kudat – 0 (0)