SHAH ALAM, SELANGOR – Kursus Bina Bisnes Berjaya: Bangkit Bisnes Dari Krisis yang dianjurkan oleh Syarikat RichWorks International Sdn Bhd berjaya menarik peserta seramai hampir 10 ribu orang.
Kursus yang diadakan di Setia Alam Convention Center (SACC) bermula pada 04 dan 05 Jun telah dikendalikan sendiri oleh Datuk Wira Dr. Azizan Osman selaku pengasas RichWorks International Sdn Bhd.
VIDEO suasana orang ramai di Setia Alam Convention Center (SACC) yang merebut peluang mengikuti ‘Kursus Bina Bisnes Berjaya: Bangkit Bisnes Dari Krisis’ yang dianjurkan oleh Syarikat RichWorks International Sdn. Bhd…
Menurut beberapa orang peserta kursus yang ditemui berkata, kursus yang diadakan 100 peratus (100%) secara percuma ini telah membuka minda mereka untuk berniaga secara betul melalui cara yang betul.
“Kesungguhan Dr Azizan mencurahkan ilmu keusahawanan kepada semua perserta kursus jelas menunjukkan adanya jalan keluar untuk berjaya dalam perniagaan walaupun selepas negara bergelut dengan keadaan ekonomi yang lemah selepas pandemik Covid-19 menyerang dunia…

“Tidak mustahil jika kesemua peserta mengikut kaedah yang betul seperti yang diajar dan mengikuti kursus lanjutan yang disarankan ratusan jutawan akan lahir dalam tempoh terdekat hasil kursus ini,” kata mereka.
Mereka turut berharap agar kerajaan sepatutnya menggunakan khidmat Dr Azizan untuk tampil membantu rakyat Malaysia yang sedang bergelut bagi menambah pendapatan melalui perniagaan sedia ada dan kepada mereka yang baru berjinak dalam dunia perniagaan.

“Ratusan orang rakyat Malaysia telah berjaya menjadi jutawan hasil bimbingan Dr Azizan, justeru pengalaman beliau tidak sepatutnya dibiarkan begitu sahaja tanpa dimanfaatkan dengan sebaiknya oleh kerajaan,” tambah mereka lagi.





