Sabah Turun 17 Kes COVID-19 Hari Ini

Sabah Turun 17 Kes COVID-19 Hari Ini

0
SHARE

KOTA KINABALU, SABAH – Jumlah jangkitan harian merekodkan penurunan sebanyak 17 kes berbanding semalam menjadikan angka hari ini 76 kes.

Jurucakap perkembangan harian COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata keadaan secara keseluruhan tidak banyak berubah dengan kedudukan semalam.

“Nisbah daerah yang merekodkan peningkatan dan penurunan kes baharu adalah seimbang iaitu masing-masing enam (6) daerah.

“Jumlah daerah yang ‘bebas’ daripada jangkitan sepanjang 24 jam yang lalu kekal 19 daerah.

“Penampang mencatat 23 kes baharu (+9) berbanding hanya 14 kes kelmarin.

“Tetapi Kota Kinabalu berkurangan 13 kes, daripada 56 kes kelmarin kepada 43 kes hari ini,” katanya.

Tambahnya, empat (4) daerah yang merekodkan jangkitan kelmarin tidak mencatatkan sebarang kes baharu hari ini.

“Daerah-daerah tersebut ialah Papar, Sipitang, Kudat dan Beluran. Sebaliknya empat daerah lain, iaitu Kota Marudu, Kota Belud, Kuala Penyu dan Tawau…

“Walaubagaimanapun perubahan turun-naik angka jangkitan adalah pada skala marginal,” kata beliau.

Kesemua 76 kes baharu hari ini adalah dalam Kategori 1 dan Kategori 2 dan tidak memerlukan rawatan khusus.

Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (20 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):

Kota Kinabalu 43 (56)
Penampang 23 (14)
Sandakan 3 (10)
Kota Marudu 2 (0)
Tuaran 2 (1)
Kota Belud 1 (0)
Kuala Penyu 1 (0)
Tawau 1 (0)
Beaufort 0 (0)
Beluran 0 (4)
Kalabakan 0 (0)
Keningau 0 (0)
Kinabatangan 0 (0)
Kudat 0 (1)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Papar 0 (5)
Pitas 0 (0)
Putatan 0 (0)
Ranau 0 (0)
Semporna 0 (0)
Sipitang 0 (2)
Tambunan 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)