KOTA KINABALU, SABAH – Sejumlah 51 kes COVID-19 dicatatkan hari ini iaitu pertambahan 19 kes berbanding jumlah kelmarin.
Walau bagaimanapun, Jurucakap Perkembangan COVID-19 Sabah, Datuk Seri Masidi Manjun berkata, nisbah daerah yang merekodkan peningkatan dan penurunan kes baharu adalah agak seimbang, iaitu 7 daerah meningkat dan 6 daerah menurun.
Peningkatan jangkitan di Kota Kinabalu (+13) kes dan Penampang (+9) kes merupakan penyumbang utama kepada angka jangkitan yang melambung tinggi daripada 32 kes kelmarin kepada 51 kes hari ini.
Sebanyak 13 daerah tidak merekodkan sebarang jangkitan baharu dalam tempoh 24 jam yang lalu, berbanding 14 daerah kelmarin.
“Tiga-belas daerah (13) lagi merekodkan kes satu angka dimana sembilan (9) daripada daerah tersebut mencatatkan hanya 1 jangkitan baharu,” katanya dalam rumusan harian kes.
Beliau berkata jumlah jangkitan baharu di Kota Kinabalu kekal dua angka dengan penggandaan 13 kes kelmarin kepada 26 kes hari ini.
Kesemua 51 kes baharu yang direkodkan berada dalam Kategori 1 dan Kategori 2 sahaja dan tidak memerlukan rawatan khusus.
Berikut merupakan pecahan kes positif COVID-19 negeri Sabah mengikut daerah hari ini (03 Jun 2022) dibandingkan dengan angka kes kelmarin (dalam kurungan):
Kota Kinabalu 26 (13)
Penampang 9 (0)
Putatan 3 (2)
Sipitang 2 (2)
Tuaran 2 (2)
Keningau 1 (0)
Kinabatangan 1 (0)
Kota Belud 1 (2)
Kuala Penyu 1 (0)
Papar 1 (3)
Pitas 1 (0)
Sandakan 1 (1)
Tambunan 1 (1)
Tawau 1 (1)
Beaufort 0 (1)
Beluran 0 (1)
Kalabakan 0 (0)
Kota Marudu 0 (0)
Kudat 0 (1)
Kunak 0 (0)
Lahad Datu 0 (0)
Nabawan 0 (0)
Ranau 0 (2)
Semporna 0 (0)
Telupid 0 (0)
Tenom 0 (0)
Tongod 0 (0)





