12 Pereka Tempatan Pamerkan 137 Rekaan Di Sabah Street Fashion Show 2023

12 Pereka Tempatan Pamerkan 137 Rekaan Di Sabah Street Fashion Show 2023

0
SHARE
Ssfs
Vinnie (tiga dari kiri) menyampaikan cenderakenangan kepada Armizan ( Sumber Foto: Ihsan penganjur SSFS2023)

KOTA KINABALU, SABAH – Sabah Street Fashion Show 2023 (SSFS2023) telah menggumpulkan 12 pereka tempatan Sabah yang mempamerkan pakaian berkonsepkan ’Ready To Wear Street Fashion’ dengan mengetengahkan penggunaan corak dan motif dari negeri ini.

Pengerusi Penganjur, Vinnie Nursyahirah berkata, fashion show tersebut telah memperagakan 137 pakaian dengan 31 model terlibat serta 12 pempamer mengambil bahagian.

“Sejak 2017, bermula impian dan juga hasrat saya untuk menghimpunkan dan menampilkan pereka-pereka tempatan yang berbakat Sabah melalui satu platform.

“Alhamdulilah Sabah Street Fashion Show 2023 menjadi moment yang terindah kerana sekali lagi saya dapat merealisasikan hasrat itu bersama 12 pereka tempatan yang sangat berbakat dan mempunyai impian yang sama.

“Saya merakamkan ucapan tahniah dan terima kasih yang tidak terhingga buat semua designer berani menyahut cabaran walau hanya mempunyai masa yang sangat singkat untuk menyiapkan rekaan masing-masing.

“Atas keinginan berkarya yang tinggi, dedikasi serta aspirasi yang sama kami bersama mampu mengatasi cabaran bagi menjayakan SSFS 2023 dengan penuh kesyukuran,” ujar Vinnie.

Antara objektif dan halatuju SSFS2023 ialah memartabatkan motif dan corak daripada perlbagai etnik di Sabah, merancakkan industri fesyen dan tekstil, mempromosikan Sabah sebagai pusat pelancongan yang menarik dengan kepelbagaian identiti dan budaya serta membantu meningkatkan pembangunan sosio dan meningkatkan ekonomi negeri.

Vinnie, yang juga pengasas syarikat pakaian The ARS V Couture berkata, event tersebut juga memainkan peranan sebagai social enterprise untuk saling membantu dan membangun bersama dalam dunia perniagaan.

“Peluang ini saya manafaatkan untuk membawa semua rakan-rakan pemain dalam industri yang sama untuk mengembangkan bakat melalui platform ini.

“SSFS2023 telah pun berlangsung dengan seribu kenangan indah. Saya mengucapkan berbanyak-banyak terima kasih kepada Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia atas sokongan yang diberikan untuk menjayakan program dan hasrat kami untuk mengubah, mentransformasi landskap dunia fesyen dan peragaan di Sabah,” katanya.

Majlis tersebut telah dirasmikan oleh Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali.

Vinnie juga berharap agar program tersebut dapat menyuntik semangat semua pereka tempatan untuk terus berkarya dalam seni rekaan fesyen bagi merancakkan lagi industri ini di Sabah.