SEMPORNA, SABAH – Seorang kanak-kanak yang melintas jalan raya di Jalan Aman Jaya maut dirempuh sebuah kenderaan Proton Persona.
Mangsa kejadian kira-kira satu tengah hari, semalam dikenal pasti sebagai Argadil Mohd Yusuf.
Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengesahkan mangsa meninggal dunia di tempat kejadian.
Seramai lima orang anggota Balai Bomba dan Penyelamat Semporna bertindak ke lokasi.
“Mangsa seterusnya diserahkan kepada pihak PDRM untuk tindakan selanjutnya.
“Pemeriksaan dijalankan di sekitar lokasi bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain dan operasi ditamatkan pada jam 2.43 petang,” kata seorang jurucakap bagi agensi.