
PENAMPANG, SABAH – Selepas memenangi pingat emas dalam acara pecut 200m, semalam atlet berbasikal Ranau, Drevionna Magdelynna Davin dan Tawau, Akmal Thaqif Begurdy sekali lagi berkongsi kejayaan.
Drevionna, 19, sekali lagi meraih emas bagi acara 500m ujian masa dan berjaya menamatkan perlumbaan akhir dengan catatan 00:48.086 saat, mengakibatkan Nur Dini Nazifa Ag Ali (Membakut) meraih pingat perak dan Jacquelyn Jimmy (Nabawan) memperoleh gangsa.
Manakala, Akmal Thaqif pula memenangi pingat emas bagi acara 1,000m ujian masa dengan merekodkan masa 01:20 saat sekaligus menewaskan lawannya, Muhammad Alfadz Fiqri Abdul Bayan (Penampang) dan Awangku Mohd Khairy Ifran Pg Mohd Shahif (Kota Kinabalu).
Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pegawai Daerah Penampang, Francis Chong dan Pegawai Daerah Membakut, Ibrahim Terki. — JABATAN PENERANGAN SABAH





