KENINGAU, SABAH – Dua ekor sapi yang dibiarkan bekeliaran mati dilanggar kenderaan Perodua Axia yang terbalik dalam kemalangan 5.30 pagi tadi di Jalan Pamalan, Lembaga Getah Keningau sini.
Walau bagaimanapun, pemandu kenderaan terbabit, Joseph Matimbang, 37, selamat tanpa sebarang kecederaan.

Pusat Gerakan Operasi Bomba Sabah berkata mangsa telah bertindak keluar sendiri dari kenderaan sebelum ketibaan pasukan.
“Tindakan pasukan Bomba membuka kepala bateri kereta seterusnya membuat pemeriksaan di sekitar lokasi dijalankan bagi memastikan tiada kemerbahayaan lain…
“Operasi ditamatkan pada jam 6.22 pagi,” katanya dalam sebuah kenyataan hari ini.





